NOOR HAZIRAH BINTI HJ IBRAHIM KAFA INTEGRASI IMAM AL-GHAZALI
ABSTRAK
E-AUMM H1 merupakan inovasi pembelajaran Bahasa Arab Tahun 1 yang menggabungkan bahan digital dan fizikal secara interaktif bagi membantu murid menguasai kosa kata haiwan serta membezakan haiwan jinak dan liar. Inovasi ini mengintegrasikan visual, audio sebutan, kad imbasan, aktiviti klasifikasi, permainan dan kuiz dalam satu pengalaman pembelajaran. Pendekatan ini membolehkan murid melihat, mendengar, menyebut, mengelaskan dan mengingat kosa kata secara aktif. Penggunaan bahan yang boleh diguna semula serta kandungan digital yang boleh diakses berulang kali menyokong kelestarian dari aspek sumber, masa, kos dan tenaga. E-AUMM H1 berpotensi dikembangkan kepada pelbagai topik Bahasa Arab dan menyokong pembelajaran lestari pada masa hadapan.
Kata kunci: Inovasi Pendidikan, E-AUMM H1, Bahasa Arab, Tahun 1