TR27: ECO MANGOSTEEN ECLAIR BITES

NURSYIFA SHAHIEDA BINTI SHAHRIDUAN KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR

Eco Mangosteen Eclair Bites merupakan produk bakeri inovatif yang dihasilkan dengan menggunakan tepung kulit manggis sebagai salah satu bahan dalam pastri choux. Kulit manggis biasanya dibuang sebagai sisa makanan, namun sebenarnya mengandungi serat dan antioksidan yang baik untuk kesihatan. Oleh itu, projek ini dijalankan untuk memanfaatkan kulit manggis sebagai bahan bernilai tambah dalam penghasilan produk bakeri. Eco Mangosteen Eclair Bites dihasilkan sebagai snek berasaskan eclair yang mempunyai tekstur rangup di luar dan lembut di dalam, di samping memberikan manfaat tambahan daripada penggunaan tepung kulit manggis. Produk ini juga mengekalkan rasa yang enak serta berkualiti, menjadikannya sesuai untuk pelbagai peringkat pengguna. Secara keseluruhannya, Eco Mangosteen Eclair Bites berpotensi dipasarkan sebagai snek yang lebih sihat, inovatif dan mesra alam, selaras dengan peningkatan permintaan pengguna terhadap produk makanan yang berfungsi dan mampan.