NUR KHAIRAH SUMAYYAH BINTI MOHAMMAD EMAN Kolej Vokasional (ERT) Azizah
Projek ini bertujuan untuk menghasilkan Beauty Natural, iaitu sabun badan dalam bentuk
sabun buku yang berfungsi untuk membersih dan menyegarkan kulit dengan lebih
berkesan. Produk ini diformulasikan menggunakan bahan semula jadi seperti kulit buah
limau, serbuk luffa, sabun asas gel, minyak pati dan pewarna yang dibenarkan dalam
pembuatan produk penjagaan diri. Kandungan kulit buah limau dan luffa membantu
menanggalkan sel kulit mati secara lembut serta memberi aroma segar semula jadi,
manakala tekstur gel memberikan rasa ringan dan sejuk pada kulit. Projek ini
menekankan penggunaan bahan yang mesra kulit dan bebas bahan kimia berbahaya
bagi memenuhi keperluan pengguna yang mengutamakan penjagaan badan berasaskan
bahan semula jadi. Hasil akhir produk menunjukkan potensi sebagai sabun buku
eksfoliasi harian yang selamat, berkesan, dan boleh dikomersialkan secara meluas.