HAZIRAH JASSICA BINTI HALIM SHAH Kolej Vokasional (ERT) Azizah
Masalah kulit kusam sering berlaku dalam kalangan individu yang kurang mengamalkan rutin penjagaan kulit yang betul, terutamanya golongan pelajar yang sering terdedah kepada persekitaran dapur dan haba seperti pelajar jurusan Seni Kulinari serta Bakeri dan Pastri. Oleh itu, projek ini dijalankan untuk menghasilkan produk PUMPELIA GLOW MASK berasaskan labu sebagai alternatif rawatan semula jadi bagi membantu mengatasi masalah kulit kusam. Labu dipilih kerana mengandungi enzim semula jadi dan antioksidan yang berfungsi menanggalkan sel kulit mati serta membantu mencerahkan kulit. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap keberkesanan dan penerimaan pengguna terhadap produk PUMPELIA GLOW MASK yang dihasilkan. Kajian ini melibatkan seramai 30 orang pelajar jurusan Seni Kulinari serta Bakeri dan Pastrisebagai responden. Proses pengumpulan data dilakukan melalui sesi sapuan produk serta soal selidik yang diedarkan selepas penggunaan produk. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden berpuas hatidengan tekstur, bau, serta keberkesanan produk dalam membantu mengurangkan masalah kulit kusam dan memberikan kesan mencerahkan. Oleh itu, produk iniberpotensi dijadikan sebagai alternatif rawatan semulajadi yang selamat, sesuai dan efektif untuk individu yang mengalami masalah kulit kusam, khususnya pada pelajar yang sering terdedah kepada persekitaran berasap, berminyak dan panas.