PR152: Eco Print- Melestari Kraf Melalui Alam Semulajadi

Ts.Dr Nik Anisah Binti Nik Ngah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun Terengganu

Ecoprint adalah sebuah teknik seni yang unik dan kreatif, di mana corak dan warna diperoleh daripada bahan semulajadi seperti daun, bunga, kulit dan akar pokok melalui proses pencetakan langsung pada kain. Teknik ini menggunakan prinsip ekologi yang mesra alam, di mana bahan kimia tidak diperlukan dalam prosesnya, menjadikan setiap hasil karya bukan sahaja indah tetapi juga lestari. Ecoprint menawarkan kelainan dalam dunia fesyen, di mana setiap reka bentuk adalah unik, bergantung kepada bahan yang digunakan, serta memberi impak positif terhadap alam sekitar. Proses pencetakan ecoprint melibatkan proses scouring (Pembersihan Kain), Mordant (Pemerapan / Penyediaan Kain Dengan Bahan Pengikat Warna), Menyusun Daun (Arranging Leaves), Binding / Rolling (Menggulung & Mengikat), Steaming / Boiling (Mengukus atau Merebus), Drying & Curing (Mengeringkan & Menguatkan Warna). Teknik ini bukan sahaja memperkenalkan elemen seni dalam fesyen, tetapi juga menggalakkan penggunaan bahan-bahan yang boleh diperbaharui dan mesra alam. Dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap produk berkelanjutan, ecoprint memberi peluang kepada industri fesyen untuk berkembang dengan lebih beretika, sambil mengutamakan kreativiti dan keindahan semulajadi. Dalam dunia yang semakin menekankan kelestarian, ecoprint memberi alternatif yang inovatif, membolehkan individu menghargai keindahan alam sekitar dalam cara yang lebih.