TR30: PAPAN SIBUK UNTUK KAWALAN EMOSI KANAK-KANAK DENGAN AUTISME MENGGUNAKAN ARDUINO

MUHAMMAD DANIAL BIN ZAINAL KOLEJ VOKASIONAL MIRI

Projek ini dibangunkan bagi mengatasi masalah yang dikenal pasti ialah kekurangan alat terapi yang interaktif, selamat dan kos efektif untuk membantu proses pengurusan emosi kanak-kanak autisme di sekolah pendidikan khas. Penghasilan prototaip papan sibuk berasaskan sistem elektrik asas dengan sokongan Arduino yang mengawal pencahayaan interaktif melalui suis, punat tekan dan lampu berwarna. Reka bentuk projek menitikberatkan aspek keselamatan, ketahanan dan kemudahan penggunaan tanpa melibatkan sistem elektronik yang kompleks. Produk ini membuktikan bahawa integrasi sistem elektrik asas dan pengawal mikro dapat menghasilkan satu alat terapi yang praktikal, selamat dan berpotensi dikembangkan pada masa hadapan untuk menyokong keperluan intervensi kanak-kanak autisme.