MUHAMMAD ZULFADHLI BIN MOHD ZAMRI Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
AI-BARR (Automated Road Barrier Using Artificial Intelligence) merupakan sistem berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan untuk meningkatkan keselamatan di kawasan jalan yang ditutup bagi tujuan penyelenggaraan. Sistem ini menggunakan kamera untuk memantau kawasan road barrier secara berterusan dan mengesan kenderaan yang melepasi penghadang. Apabila kenderaan dikesan, sistem akan mengambil gambar serta mengenal pasti jenis kenderaan, tarikh dan masa kejadian. Maklumat tersebut kemudiannya dihantar kepada pihak berkuasa melalui Telegram sebagai notifikasi. Pada masa yang sama, panel LED memaparkan mesej “JALAN DITUTUP” dan lampu berkelip memberikan amaran visual kepada pengguna jalan raya. Secara keseluruhannya, AI-BARR dapat membantu mengurangkan kebergantungan kepada pemantauan manual serta meningkatkan kecekapan pemantauan kawasan jalan yang ditutup.