Isma Razif Bin Ajis KOLEJ VOKASIONAL MIRI
Papan Imbas Ceria Haiwan merupakan salah satu alat bantu mengajar interaktif yang direka khusus untuk kanak-kanak termasuk murid berkeperluan khas seperti autisme. Papan ini berfungsi sebagai medium pembelajaran visual dan sentuhan yang menekankan pengenalan haiwan melalui gambar, warna dan teks mudah. Penggunaan papan ini dapat menarik perhatian kanak-kanak, meningkatkan tumpuan serta merangsang daya ingatan mereka dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Selain itu, ia turut memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar secara kendiri mahupun bersama rakan sebaya. Papan Imbas Ceria Haiwan bukan sahaja menyokong proses pembelajaran formal, tetapi juga sesuai dijadikan aktiviti di rumah sebagai alat permainan pendidikan.