TR138: SISTEM IOT PINTAR UNTUK PEMANTAUAN KESELAMATAN DI DALAM KENDERAAN

SAMSON TINGANG SOLOMAN KOLEJ VOKASIONAL MIRI

Pembangunan sistem keselamatan kenderaan berasaskan Internet of Things (IoT)
bagi mengesan kehadiran kanak-kanak yang tertinggal dalam kenderaan serta pelbagai fungsi
lain seperti pengesanan suhu, gas berbahaya, penurunan tingkap automatik, penjejakan
koordinat, dan pemantauan pergerakan secara masa nyata. Berlandaskan Matlamat
Pembangunan Mampan (SDG) 4 dan 9, inovasi ini bertujuan meningkatkan keselamatan
pengguna, mengurangkan risiko kemalangan, serta menyokong teknologi hijau dan
kemampanan. Masalah utama yang dikenalpasti termasuk kejadian kanak-kanak tertinggal
85dalam kenderaan yang boleh menyebabkan strok haba, keracunan gas, dan kesukaran
menjejak kenderaan. Selain itu, cabaran kebolehpasaran sistem ini memerlukan pendekatan
komprehensif bagi penerimaan pengguna. Kaedah kajian adalah menggunakan pendekatan
kuantitatif dan kualitatif melalui soal selidik serta ujian lapangan yang dinilai oleh pakar bidang
Automotif. Data soal selidik dianalisis menggunakan Model Penerimaan Teknologi (TAM)
bagi memahami penerimaan pengguna, manakala kebolehgunaan sistem dinilai oleh pakar
dalam bidang ini. Dapatan menunjukkan majoriti responden menyokong keberkesanan dan
kebolehpasaran sistem ini, disokong oleh penilaian pakar. Namun, limitasi seperti
kebergantungan kepada rangkaian internet dan penyesuaian dengan pelbagai jenis kenderaan
dikenalpasti. Penambahbaikan termasuk meningkatkan ketahanan sensor dan
mengoptimumkan penggunaan tenaga untuk memastikan kecekapan sistem. Secara
keseluruhannya, inovasi ini berpotensi besar untuk dikomersialkan dan menyumbang kepada
keselamatan automotif serta pembangunan mampan.