TR183: MANGO KERNEL COOKIES

SAIDAH BINTI OMAR KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

Mango Kernel Cookies merupakan produk inovasi yang menggunakan tepung biji mangga sebagai 
sebahagian pengganti tepung gandum dalam penghasilan cookies. Biji mangga yang biasanya 
dibuang sebagai sisa makanan diproses melalui proses pembersihan, pengeringan dan pengisaran 
sehingga menjadi tepung halus. Tepung biji mangga mengandungi serat, antioksidan serta beberapa 
mineral yang dapat meningkatkan nilai pemakanan produk. Inovasi ini dihasilkan bagi mengurangkan 
pembaziran sisa makanan di samping menghasilkan produk bakeri yang lebih berkhasiat dan mesra 
alam. Cookies yang dihasilkan mempunyai tekstur rangup, aroma yang enak dan sesuai dinikmati 
oleh semua peringkat umur. Objektif inovasi ini ialah menghasilkan cookies menggunakan tepung biji 
mangga, mengurangkan pembaziran sisa mangga serta menilai penerimaan pengguna terhadap 
produk inovasi ini.