TR151: TAPAI ENERGY BAR

NUR DANIA SAKINAH FITRI BINTI MAT RAZALI KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

Tapai Energy Bar merupakan produk inovasi yang diinspirasikan daripada makanan 
tradisional iaitu Tapai ubi dan digabungkan dengan bahan-bahan berkhasiat seperti oat, 
kurma, kismis dan kuaci. Inovasi ini dihasilkan bagi memperkenalkan satu snek yang lebih 
sihat, mudah dibawa dan sesuai dimakan pada bila-bila masa. Tapai ubi mengandungi 
probiotik hasil proses penapaian yang dapat membantu melancarkan sistem pencernaan 
serta meningkatkan kesihatan usus. Oat pula merupakan sumber serat yang membantu 
memberikan rasa kenyang lebih lama dan membekalkan tenaga berterusan. Kurma 
membekalkan tenaga secara berterusan, manakala kismis mengandungi antioksidan yang 
baik untuk kesihatan. Kuaci pula kaya dengan protein, lemak sihat dan vitamin E yang 
membantu menyokong kesihatan tubuh. Gabungan kesemua bahan ini menghasilkan produk 
yang bukan Sahaja sedap, malah berkhasiat dan sesuai dijadikan snek harian. Tapai Energy 
Bar sesuai dinikmati oleh pelajar, atlet, pekerja serta individu aktif. Objektif inovasi ini adalah 
untuk menghasilkan produk berasakan tapai ubi yang lebih moden, meningkatkan nilai 
komersial tapai serta menggalakkan Masyarakat mengamalkan pemakanan yang lebih sihat 
melalui pengambilan snek sihat.