PR119: PEMBANGUNAN SISTEM KONVEYOR AUTOMASI BERASASKAN PLC DAN HMI UNTUK PEMBELAJARAN INDUSTRI 4.0

MOHD FADRUL RIZAL BIN AB RAHIM POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Keperluan terhadap tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam bidang automasi semakin
meningkat selaras dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Dalam
pendidikan TVET, penguasaan teknologi seperti Programmable Logic Controller (PLC),
Human Machine Interface (HMI) dan sistem kawalan automasi merupakan kompetensi
penting yang perlu dikuasai oleh pelajar bagi memenuhi keperluan industri masa kini.
Walau bagaimanapun, cabaran utama dalam pembelajaran automasi adalah kesukaran
menghubungkan konsep teori dengan aplikasi industri sebenar serta kekurangan Alat
Bantu Mengajar (ABM) PLC yang bersesuaian dengan perkembangan teknologi semasa.
Bagi menangani cabaran tersebut, inovasi “Pembangunan Sistem Konveyor Automasi
Berasaskan PLC dan HMI untuk Pembelajaran Industri 4.0” telah dibangunkan sebagai
ABM bagi kursus DJM40242 Programmable Logic Controller. Sistem ini
mengintegrasikan PLC Panasonic C30R, HMI Panel Master, sensor dan motor DC dalam
satu platform pembelajaran berskala mini yang menyerupai sistem automasi industri
sebenar. Pembangunan inovasi ini melibatkan proses reka bentuk sistem, pembangunan
perkakasan, pengaturcaraan PLC menggunakan perisian FPWIN Pro 6, pembangunan
antara muka HMI menggunakan PM Designer, serta pembinaan dua unit mini konveyor
sebagai medium pembelajaran. Selain itu, kajian tinjauan telah dilaksanakan terhadap
pelajar yang telah mengikuti kursus PLC bagi mengenal pasti keperluan pembangunan
inovasi ini sebagai bahan sokongan PdP. Secara keseluruhannya, inovasi ini
menyediakan platform pembelajaran yang interaktif, praktikal dan kos efektif dalam
meningkatkan pemahaman serta kemahiran pelajar TVET terhadap sistem automasi.
Pembangunan ini turut menyokong usaha memperkasakan pendidikan berasaskan
Industri 4.0 melalui penyediaan graduan yang lebih kompeten dan bersedia memenuhi
keperluan industri masa hadapan.


Kata kunci: Automasi Industri, Sistem Konveyor, PLC, HMI, Industri 4.0, Alat Bantu
Mengajar, TVET