PR26: Pembangunan Mesin Mengesan Kebocoran Botol

NUR AISHAH BINTI AZRIY INSTITUT WAWASAN

Projek ini membangunkan mesin mengesan kebocoran botol 250ml untuk mengatasi masalah kesukaran mengesan kebocoran secara visual dan ketiadaan sistem kawalan automatik bagi mengasingkan botol bocor. Mesin berukuran 100cm x 50cm x 53.7cm ini menggunakan udara termampat, pressure sensor, inductive sensor, sistem konveyor, cylinder double acting dan kawalan PLC OMRON CP2E. Penurunan tekanan yang dikesan akan mengesahkan kebocoran, dan botol tersebut ditolak keluar secara automatik melalui silinder pneumatik. Mesin ini sesuai diaplikasikan dalam industri kecil dan sederhana sebagai penyelesaian kawalan kualiti yang efisien.