TR241: HIBAE SOAP BAR

NUR HANI ZUKRINA BINTI MOHAMAD AZHAM Kolej Vokasional (ERT) Azizah

Produk Hibae Soap Bar ialah produk sabun buku yang diperbuat daripada daun bunga raya. Nama saintifik bunga raya ialah Hibiscus Rosa Sinensis iaitu bunga raya yang telah dijadikan sebagai bunga kebangsaan Malaysia. Namun hanya penggunaan daun daripada pokok bunga raya putih sahaja digunakan dalam pembuatan produk ini dan digunakan untuk merawat masalah kulit. Penggunaan daun semambu atau lebihdikenali sebagai Azadiractita Indica juga salah satu bahan yang ada pada produk bagi membantu mengurangkan kegatalan. Tujuan kajian ini dibangunkan adalah untukmerawat masalah kulit yang ruam di belakang badan akibat peluh dan kegatalan hingga menyebabkan bijikemerahan. Kedua-dua bahan tersebut  mempunyai sifat antibakteria, antiradang dan antioksida yang berpotensi untuk membantu masalah yang dialami oleh pelajar SVM Kolej Vokasional (ERT) Azizah, Johor Bahru. Kebanyakan pelajar mempunyai masalah belakang badan yang ruamakan tetapi mereka tidak menitikberatkan masalah itu dan kurang merawatnya dengan baik. Hal ini kerana bahagian badan yang ruam sering kali muncul di bahagian yang tertutup seperti di bahagian belakang badan. Kajian ini dilakukan dengan menganalisis kandungan yang ada pada daun bunga raya bagi menghasilkan sesuatu produk di Kolej Vokasional (ERT) Azizah, Johor Bahru. Penggunaan daun bunga raya pada masa kini jarang digunakan untuk merawat kesihatan mahupun kecantikansecara tradisional meskipun penggunaannya telah lama wujud dari zaman nenek moyang, akan tetapi dalam kalangan pelajar SVM Kolej Vokasional (ERT) Azizah, Johor Bahru kurang tahu mengenai khasiat daun bunga raya terhadap kulit secara meluas.  Oleh itu, produk ini dibangunkan untuk meluaskan lebih lagi pengetahuan pelajar mengenai khasiat daun bunga raya serta membantu pelajar dalam merawat masalah ruam di bahagian belakang badan.