MUHAMMAD SYAZWAN BIN MOHD SAUBI POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) merupakan kematian bayi di bawah umur satu tahun secara tiba-tiba tanpa punca yang jelas, yang lazimnya berlaku semasa tidur. Pemantauan posisi tidur secara berterusan adalah kritikal bagi mengurangkan risiko ini. Walau bagaimanapun, kaedah pemantauan sedia ada seperti penggunaan sensor fizikal atau pemerhatian manual didapati kurang praktikal dan boleh mengganggu keselesaan bayi. Bagi mengatasi masalah ini, projek SomniGuard telah dibangunkan, iaitu satu sistem pemantauan bayi automatik secara masa nyata berasaskan teknologi Computer Vision. Sistem ini memanfaatkan kerangka kerja MediaPipe Pose Estimation bagi memproses input video daripada kamera secara masa nyata untuk menganalisis postur badan bayi serta mengesan posisi tidur yang tidak selamat seperti meniarap dan muka tertutup. Apabila kedudukan berisiko dikesan, sistem akan menghantar amaran serta-merta kepada penjaga. Pengujian yang dijalankan menunjukkan sistem SomniGuard berjaya mengesan posisi tidur tidak selamat dengan kadar ketepatan sebanyak 99%. Hasil dari penghasilan projek ini membuktikan bahawa SomniGuard merupakan satu penyelesaian automatik yang kos efektif, mesra pengguna, dan berkesan dalam meningkatkan keselamatan bayi semasa tidur.
Kata Kunci: Sudden Infant Death Syndrome (SIDS), SomniGuard, Computer Vision, MediaPipe Pose Estimation, Pemantauan Masa Nyata.