PR52: Lagu Bersama Sejarah Ai Pintar

MUHAMMAD ZARRIN BIN MOHD HARRIS KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG PUTERI

ABSTRAK

Inovasi "Lagu Bersama Sejarah AI Pintar" diperkenalkan untuk mengatasi isu subjek Sejarah yang sering dianggap pasif dan berorientasikan hafalan fakta melalui pendekatan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) abad ke-21 yang interaktif, kreatif, dan mesra digital. Inovasi ini menyepadukan teknologi kecerdasan buatan (AI), iaitu ChatGPT untuk menjana lirik yang padat, berinformasi, dan selari dengan kurikulum Sejarah KSSM, serta AI SUNO untuk mencipta melodi dan susunan muzik secara automatik. Kumpulan sasaran projek ini melibatkan pelajar 1 SVM (Tingkatan 4). Melalui kaedah pembelajaran berasaskan projek (PBL), pelajar menghasilkan lagu pendidikan mengikut topik-topik penting seperti Malayan Union, Ancaman Komunis, dan Persekutuan Tanah Melayu. Hal ini, hasil pelaksanaan menunjukkan pendekatan berasaskan audio-kreatif ini terbukti berjaya merangsang pembelajaran aktif, menarik minat, serta memperkukuh pemahaman fakta sejarah pelajar. Kesimpulannya, integrasi elemen muzik dan teknologi AI ini bukan sahaja membentuk ekosistem pembelajaran yang menyeronokkan dan berimpak tinggi, malah sangat relevan dalam memperkasakan kemahiran literasi digital generasi kini.

Kata Kunci: Kecerdasan Buatan (AI), PdPC Sejarah, AI SUNO, ChatGPT, Lagu Pendidikan.