TR150: PAPTATO SKIN SWIRL

NUR AINA SOFIYA BINTI MOHD AZMAN KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

Paptato Skin Swirl merupakan nama yang dihasilkan daripada gabungan perkataan kulit potato dan konsep karipap. Produk inovasi ini diinspirasikan daripada karipap tradisional dengan menggunakan serbuk kulit ubi kentang yang dikeringkan menggunakan oven dan dikisar halus sebelum dicampurkan ke dalam adunan kulit karipap. Selain itu, produk ini turut diinovasikan dengan inti baharu iaitu salted egg yang bertekstur berkrim bagi memberikan kelainan rasa kepada pengguna. Kulit ubi kentang mempunyai beberapa khasiat seperti kaya dengan serat, vitamin C, kalium dan antioksidan yang membantu menyokong kesihatan tubuh badan. Penggunaan kulit ubi kentang dalam produk ini juga dapat mengurangkan pembaziran sisa makanan serta meningkatkan nilai tambah dalam industri makanan. Paptato Salted Egg mempunyai tekstur rangup di bahagian luar dan berkrim di bahagian dalam serta sesuai dinikmati oleh pelbagai peringkat umur. Objektif inovasi ini adalah untuk menghasilkan produk karipap baharu menggunakan kulit ubi kentang, memperkenalkan variasi inti salted egg serta menggalakkan penggunaan bahan makanan yang kurang dimanfaatkan dalam penghasilan produk bakeri dan pastri.