PR86: I-Pull Ion Kit

HAMIDAH BINTI AZMI HISHAM KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN

i-Pull Ion Kit ini direka untuk menarik minat pelajar dan meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam modul Elektrokimia. Melalui tinjauan awal yang dilaksanakan seperti pemerhatian dan soalan latihan, ramai pelajar yang tidak dapat menjawab soalan berkaitan ion yang hadir dalam elektrolit. i-Pull Ion Kit merupakan bahan bantu mengajar inovatif yang direka khas menggunakan komponen visual dan manipulatif bagi menunjukkan ion-ion yang hadir dan pergerakan ion dalam sel elektrolit. Dapatan kajian menunjukkan penglibatan aktif pelajar meningkat dan guru dapat menerangkan konsep dengan lebih berkesan. Secara keseluruhannya, i-Pull Ion Kit mampu membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap konsep Elektrokimia dengan lebih efektif.