TR117: E-TADABBUR SOLAT: MODEL INTERAKTIF PEMAHAMAN BACAAN SOLAT

NORITA BINTI ABD AZIZ POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Typ

Sistem pendidikan masa kini semakin berkembang seiring dengan kemajuan teknologi yang menuntut kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif dan berkesan. Penggunaan teknologi dalam pendidikan dilihat mampu meningkatkan kefahaman serta penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran. Sehubungan itu, inovasi e-Tadabbur Solat: Model Interaktif Pemahaman Bacaan Solat dibangunkan sebagai satu platform pembelajaran digital bagi membantu pelajar memahami dan menghayati maksud bacaan dalam solat secara lebih efektif. Inovasi ini direka bentuk menggunakan platform Google Sites dengan mengintegrasikan pelbagai elemen multimedia seperti infografik, audio, video dan lagu. Pendekatan ini bertujuan memenuhi keperluan pelbagai gaya pembelajaran pelajar serta meningkatkan daya ingatan dan penghayatan terhadap maksud bacaan solat. Selain itu, kuiz interaktif turut disediakan sebagai medium penilaian bagi menguji tahap kefahaman pelajar secara berterusan. Pelaksanaan inovasi ini menunjukkan impak yang positif terhadap peningkatan kefahaman, minat dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran. Pelajar bukan sahaja dapat memahami maksud bacaan dengan lebih jelas, malah mampu mengaitkan lafaz dengan penghayatan dalam solat. Inovasi ini juga berfungsi sebagai bahan pembelajaran kendiri yang fleksibel dan boleh diakses pada bila-bila masa. Secara keseluruhannya, inovasi ini berpotensi menjadi medium pembelajaran yang efektif dalam memperkasa penghayatan solat serta menyokong pembelajaran digital selaras dengan keperluan pendidikan abad ke-21.

 

Kata Kunci: pembelajaran digital, penghayatan solat, multimedia

e Your Abstract Here!