MUHAMMAD SYAMAIZAR BIN BILAH MRSM ATM BERA
PAI GAMEVERSE dibangunkan sebagai hub permainan interaktif Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan 5 berasaskan keperluan pembelajaran digital masa kini. Inovasi ini menangani masalah pelajar yang kurang berminat, sukar menguasai fakta serta menganggap pembelajaran Pendidikan Islam bersifat pasif. Sebagai penyelesaian, pelbagai permainan digital bagi bidang al-Quran, Hadis, Akidah, Fikah, Sirah dan Tamadun serta Akhlak Islamiah dihimpunkan dalam satu platform yang mudah dicapai. PAI GAMEVERSE meningkatkan motivasi, penglibatan, penguasaan kandungan dan pembelajaran kendiri individu. Kepada komuniti, inovasi ini menyediakan sumber pengajaran yang boleh dikongsi oleh guru, pelajar dan ibu bapa. Pada peringkat negara, platform ini menyokong transformasi pendidikan digital serta pembentukan generasi berilmu dan berakhlak. Penggunaan bahan tanpa kertas turut mengurangkan pencetakan dan menyokong kelestarian alam sekitar. Inovasi ini berpotensi dikomersialkan melalui pakej langganan, modul premium dan latihan guru, serta diterbitkan sebagai modul digital, artikel kajian tindakan dan panduan gamifikasi Pendidikan Islam untuk kegunaan meluas dalam sistem pendidikan Malaysia pada masa hadapan.