PUAN SUZIANA BINTI HANAFI MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
Kumpulan Gen ZZAASS telah merekabentuk satu produk inovasi iaitu MULTIPURPOSE AUXILIARY TROLLEY (M.A.T) yang terhasil daripada masalah utama yang dikenalpasti sebagai kesukaran membawa barang dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa dan ruang kerja yang terhad. Penghasilan produk inovasi ini telah mengurangkan masa penyelenggaraan dan membawa barang dengan melaksanakan penyelenggaraan terus di tempat pengguna tanpa perlu dibawa ke lokasi penyelenggaraan. Produk ini mempunyai ruang membawa yang lebih efektif di mana boleh membawa peralatan penyelenggaraan seperti monitor, cpu, keyboard, pencetak serta peralatan komputer dan lain-lain peralatan seperti pembersihan bagi melaksanakan penyelenggaraan dalam satu masa. Troli ini juga boleg digunakan untuk aktiviti -aktiviti atau program luar di mana tidak perlu membawa maja kerana troli ini telah ditambahbaik dan dilengkapi dengan fungsi meja tambahan. Produk inovasi ini boleh dikembangkan potensi komersial penggunaan kepada semua agensi kerajaan, swasta, kontraktor dan Basan pengurusan Bersama (JMB). Diharap penghasilan produk inovasi M.A.T ini menambahbaik lagi proses kerja sedia ada disamping meningkat produktiviti kakitangan dengan penyediaaan ruang kerja yang lebih kondusif.