TR226: (Y-GUARD) AN AI-DRIVEN SYSTEM FOR YELLOW BOX JUNCTION

MUHAMMAD SULTHON BIN ADY SUWARNO POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Seiring dengan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap jalan raya, keperluan untuk mengawal penggunaan petak kuning perlu diberi perhatian dan pengawasan secara teliti. Namun begitu, penyalahgunaan ruang kotak kuning oleh individu yang tidak mengambil kira hak pengguna jalan raya yang lain sering berlaku. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan hak pengguna jalan raya yang lain, malah mencerminkan kurangnya kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat. Kaedah penguatkuasaan secara manual masih kurang efisien kerana memerlukan pemantauan berterusan oleh pihak berkuasa. Projek ini bertujuan untuk membangunkan sistem pengesanan kenderaan secara automatik menggunakan kecerdasan buatan (AI) berasaskan Computer Vision. Kaedah yang digunakan melibatkan pengumpulan dan pelabelan imej menggunakan platform Roboflow, serta latihan model pengesanan objek menggunakan YOLOv8. Model yang terhasil kemudiannya diintegrasikan dengan Raspberry Pi dan kamera bagi melaksanakan proses pengesanan secara langsung. Projek ini turut dilengkapi dengan lampu berkelip sebagai penanda amaran visual dan penghantaran notifikasi automatik kepada pihak penguatkuasa melalui aplikasi Telegram apabila kenderaan berada di petak kuning dikesan. Model yang dihasilkan menunjukkan ketepatan yang sangat baik dengan nilai 99.5% dalam pengesanan kereta. Secara keseluruhannya, sistem Y-GUARD ini berpotensi membantu pihak berkuasa tempatan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan penggunaan petak kuning secara automatik dan pintar.

Kata Kunci: Raspberry Pi, Pengesanan Kenderaan, Roboflow, YOLOv8.