PR180: CC-FORCE

EN. OPANIZAM BIN KAMARUZAMAN MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Kumpulan REAL IMPACT (Rules Effisien Attitude Lesson) daripada Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kajang yang terdiri daripada lima orang anggota telah menghasilkan inovasi CC-FORCE ( Complete Clamping Enforcement) iaitu alat pengapitan  kenderaan bertayar besar. Inovasi tercetus dari permasalahan anggota Unit Kapit yang  menghadapi kesukaran mengapit kenderaan bertayar besar semasa menjalankan tugasan penguatkuasaan. Keadaan ini menimbulkan ketidakpuasan hati Orang Yang Kena Kapit (OKK) kerana tindakan pengapitan tidak dilaksanakan secara menyeluruh. Melalui pendekatan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), ahli kumpulan telah mengenalpasti punca masalah dan menambah baik produk sedia ada bagi menghasilkan CC-FORCE yang lebih praktikal, sistematik dan berkesan. Penggunaan CC-FORCE membantu pelaksanaan SOP pengapitan yang lebih teratur, meyeluruh dan efisen. Pendekatan ini dapat meningkatkan kecekapan anggota, megurangkan kekangan operasi serta menyokong penyampaian penguatkuasaan yang lebih berkesan. Inovasi ini berpotensi diperluaskan penggunaannya kepada anggota penguatkuasaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta  agensi berkaitan khususnya di Negeri Selangor dan seluruh Malaysia.